Wednesday, July 29, 2009

hello semua.. Sihat??
harap anda semua sihat2 disamping kerja yg melambak itew.. Lama sudah sy tidak besua dengan rakan2 lama kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja.. sekarang barulah ada masa untuk mencoretkn warkah ini.. Rindu rasanya nk berjumpa ngan Kak Maria Si Rama-rama itew..hehehehe... harap kak maria sihat hendaknya..

dlam minggu nie memng busy skit coz ada promotion untuk versace versence (woman) terbaru dr fragrance, target yg diberikan sangt tinggi yeA rm 200K, mampu ketidak....kepada sesiapa yg nk kn wangian ini bole la berjumpa dengan sy di pavilion 13hb ogos nie..

Monday, January 26, 2009

Kebosanan..



Hye para pembaca.. Selamat tahun baru cina.. Kong Shi fa choi...




Hari cuti nie memang sangat membosan kn coz xde pape xtiviti nk di buat..Kwn2 lak sibuk dengan kerja masing2..Semalam i ingtkn bole la g hang out dengan kak maria tetapi kak maria plak sibuk dengan kenduri so smua xjd p clubing.. memang menbosankn...Ingtkn semalam nk la tintong so ari nie bole tido puas2 tp...emmmm..malas nk citer panjang..Kak maria pun senyap jer semalam, i mesej pon x reply.. sedih i tau.. sampai ht kak maria membiarkn i kebosanan..Bosan2..ingt semalam le la tgk DVD miss universt kak ferdie Sandra..tp...emmm




Arinie plak i dapat berita yang sangat menyayat hati, coz slah seorng drpada keluarga besar 69 dikhabarkn mengidap demam denggi, bkn itu saja penyakitnye ditambah plak ada masalah jantung berlubang.. Memang sangat sukar untuk diterima tetapi apa pun Misha berdoa semoga Am cepat sembuh dan tabah menghadapi dugaan Nya.. walau pon baru mengenali Am, beliau amat lembut hatinya dan pendiam..




Kak maria td ada ajak tuk melawat dia kat hospital tp kak misha xnk pergi, bkn apa sbnrnya kak misha x bole melihat kawan2 skit teruk..sedih rasanya...nt kak misha x mampu menahan air mata...Kak misha mohan maaf yea datin Amrina..

Friday, January 16, 2009

kisah cinta ku


Sememangnya pahit untuk diterima suatu perpisahan... Tapi itulah yang harus ditempuh dialam percintaan sonsang...Kebahagian yang diinginkan hanyalah seketika cuma,apabila cinta yang disemai bersama si dia tidak seindah yang disangkakan.. Misha memang menyayangi dia tapi jodoh xberpanjangan..Ku tangisi cinta ini tapi adakah dia kan kembali kepada ku lagi?
Bodoh kn?....Semua lelaki bg misha sama ajer..Terasa serik pn ada juga tp xboleh, hidup mesti nk berteman...Teringin gak nk merasa dicintai dan dikasihi seorang yang begelar lelaki.. Kalau da lumrah kita ni mencintai seorang yang begelar lelaki kita akan tetap akan mencari...Tetapi semua itu bagaikn mimpi saja..Keindahan cinta yang selalu sy kecapi hanya lah sementara..

Kepada kakak2 yang tengah dilamun cinta,Misha harap kebahagian itu di nikmati dengan sepenuhnya kerna kita masih samar2 dalam perhubungan..Bergaduh adalah lumrah tp jangan la sampai naik mahkamah (faham2 la)..hehehehe.. Dalam jiwa memang penuh dengan perasaan cinta yang mendalam tetapi adakah pasangan kita dapat merasakannya.. Misha da masak dengan semua perangai lelaki, smua nk kan sexs semata2.. Kalau nak diikut kn memang malas nk pikir tapi perasaan kita x boleh berselindung yang kita tetap memerlukan lelaki..

Thursday, January 15, 2009

Kisah hidup ku

Salam perkenalan dari Misha untuk semua pembaca blog nie.. Misha disini ingin berkongsi cerita tentang percintaan, kehidupan, persahabatan, dan bergosip manja..hehehe..

Cerita dimulakn dengan saat2 menjadi seorang nyah.. Misha memg dari kecik lg da lembut, misha memg suka bermake-up dan memasang angan2 ingin menjadi seorang perempuan yg cantik.. Dipendekkan ceritalah, misha mula ambik pil hormon sejak mula belajar di sebuah kolej swasta, masa 2 umur misha baru 18 tahun.. Mula2 takut jugak kn nk ambik hormon tp nk cantik semata2 katakn so kena la berani menyahut cabaran.. Penerimaan keluarga 2 ok,mak n ayah i xkesah asalkn i berjaya dalam hidup dan xmelakukn benda2 xelok dan merosak masa depan... Sejak Misha mengambil pil hormon segalanya telah pon berubah menjadi apa yg Misha ingin kn sebagai seorang nyah.. Mula dari itu misha mula mengorak langkah menjadi seorang nyah.. Dari pada itu Misha mula ingin bercinta dengan lelaki tetapi walaupun kita ni cantik macam mana pon tetap akan ditinggalkn oleh lelaki sebab ramai lg pesaing2 kita sbg seorang nyah itu lah kehidupan seorang nyah...

Misha memang dah banyak kali terkecundang dalam percintaan seorang nyah, memang pedih memang pahit untuk diterima tetapi Misha cuba memotivasikan diri untuk cuba bangkit dari segala kesedihan dlam percintaan yg penuh lara.. Misha banyak mengenali dan berkawan dengan nyah2 yang lain yang berjaya dan yang masih lg mencari sinar kehidupan.. Misha mula popular semasa Misha duduk di Casaria Taman Maluri, masa 2 Misha telah berjumpa dan berkawan dengan seorang Mak Ayam yg duduk di salah sebuah apartment di Casaria, dia adalah seorang lelaki lembut dan mempunyai produksi untuk membuat drama dan telefilem.. Setelah itu, pada suatu hari dia menjemput misha untuk datang kerumah, mulanya dia cakap suruh misha ambik buah-buahan di rumah dia, Misha pon datang.. Selepas itu dia keluarkn senaskah buku dialog untuk berlakon, Mulanya misha ingatkn dia saja surh misha baca tetapi x disangka2 dia telah melamar misha dan kawan2 yang lain untuk membintangi sebuah telefilem yang diarah kn oleh Along Kamaruddin dan diterbitkan oleh dia (Mak Ayam).. Misha memang sangat teruja, yelah nk berlakon katakn..hehehehe..Selepas berlakon, Misha mula dikenali dengan lebih lg oleh kawan2 ( da popular la 2)hehehehe..Selepas itu, Misha mendapat panggilan daripada pihak Astro untuk menghadiri rancangan talk show (modal insan) bersama Rosyam Nor.. Masa 2 isu pondan sangat panas diperkatakn sehinggakn diheret ke Dewan Parlimen, jadi pihak Astro ingin mengupas tentang isu ini dan ingin menepis dan menangkis segala keburukkan tentang seorang pondan, kerana mereka percaya tidak semua pondan melakukn pekara terkutuk seperti melacur ditepi2 lorong.. Masa 2 mereka telah merakam segala perbualan semua kawan2 yang telah berjaya dan Misha pula telah membawa krew membuat rakaman di kolej ( berani mati) dan semua aktiviti2 yang misha buat.. Setelah itu Misha dibawa ke Astro untuk rakaman dan berbincang mengenai isu ini dengan rosyam nor, masa 2 memang ramai penonton yang di jemput oleh pihak Astro untuk memeriahkn lagi suasana katanya... Selang beberapa minggu rangcangan itu pon ditayangkn, apalagi semua orang tengok termasuk orang kampung Misha sendiri, ada yang mengucapkn tahniah ada juga yang menomah..Tp smua 2 pekara biasa je bg Misha, yang penting popular..hehehehe...Setelah umur Misha mencecah 21 tahun, pada masa itu kehidupan mula berubah..Yelah Misha kenalah berdikari mencari duit sendiri, memang susah untuk mencari kerja, masa 2 la baru Misha sedar betapa susahnya kehidupan didunia yang fana ini.. Tetapi dengan berkat yang MAHA ESA, Misha dapat juge merasa duit hasil titik peluh sendiri ( bukan melacur yea), Misha telah mendapat kerja disebuah butik, gaji pon ok so dapat la Misha meneruskan kehidupan di kota metropolitan Kuala Lumpur ini...

Kehidupan sebagai seorang nyah memang xkan lengkap dengan kehadiran seorang insan yang begelar lelaki.. Pada masa ini pemikiran kita memang akan sentiasa tertumpu kepada lelaki..Mata memang pantang melihat lelaki yang hensem,bergegar segala tubuh dan jasad..hehehehe..Tetapi itulah x semestinya segala yang di impikn akan menjadi kenyataan... Misha memang banyak berjumpa dengan lelaki tapi semuanya xboleh pakai.. Memang sedih...Setiap kali pertemuan mesti nak main je, kita ni umpama pemuas nafsu diaorang(lelaki) je.. Kekadang Misha benci juga dengan lelaki tetapi xboleh, hidup ni umpama tiada kelengkapan tanpa lelaki.. Walaupun sering kalu kecundang dalam percintaan tetapi tak bermakna kita akan kecewa selamanya.. Misha mengidamkn seorang lelaki yg good looking, kaya dan boleh memberikn kebahagiaan dan sanggup susah dan senang bersama serta boleh terima diri Misha seadanya..Tetapi semua 2 belum ada lg...Susah kn...Misha ingin juga merasa kn kebahagiaan seperti kawan2 yang lain dengan suami masing2..
Buat masa sekarang misha sangat bahagia kerana mendapat kawan2 yang memahami dan banyak memberikn nasihat kepada misha..Thanks My Fwenz...Love u allz..